Sunday, 23 October 2016

Kelab Softball SKCJ


 
Salah satu kelab permainan di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya ialah Kelab Softball. Berikut adalah maklumat berkaitan permainan softball dan kenapa saya memilih softball sebagai salah satu sukan yang saya minati.
 
A. Kenapa Saya Suka Sukan Softball?
Saya telah menyertai pasukan softball sekolah saya sejak tahun 2015. Saya suka softball kerana ianya memerlukan ketangkasan dan kekuatan yang tinggi.
 
B. Sejarah Asal Sukan Softball
Permainan softball telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada 16 September 1887 di Farragut Boat Club Chicago, Amerika Syarikat. (Sumber: Wikipedia).
Di Malaysia, permainan softball telah diperkenalkan oleh orang Amerika pada tahun 1939 di Perak. Sejak itu beberapa pasukan telah dibentuk dan beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan. Pada akhir tahun 60an, negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah menganbil inisiatif untuk mempopularkan semula permainan ini dan telah dimainkan secara aktif di ketiga-tiga negeri ini pada tahun 1970 – 1973. Pada 16 Mac 1974, Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan dan pada bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Kejohanan ini hanya disertai oleh pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Selepas itu beberapa buah negeri lain turut berminat menganggotai S.A.M termasuk RAAF Sofbol Association of Malaysia. Dalam bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Semenjak itu, permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga ke hari ini. (Sumber: stingsoftballclub2.blogspot.my).
 
C. Istilah-Istilah di Dalam Doftball
1. Strike = Bat diayun tetapi tidak mengena bola atau bola masuk ke dalam strike zone
2. Ball = Bola tidak masuk ke dalam strike zone
3. Batter = Pemukul
4. Runner = Pelari
5. Innning = 1 kali giliran memukul dan 1 kali giliran memadang
6. Umpire = Pengadil
7. Pitcher = Pelambung
8. Cathcer = Penjaga belakang (penangkap)
9. Bunt = Pukulan tanpa ayunan
10. Base Umpire = Pengadil Base
11. Play Ball = Perintah pengadil untuk memulai permainan
12. Home Run = Pelari atau pemukul yang dapat masuk kembali tanpa diselingi pukulan lain
13. Free walk = Lari bebas
14. Batter box = Tempat pemukul
15. Strike fault = Pukulan salah
16. Strike zone = Kawasan memukul yang sesuai
17. Back stop = pagar yang berada di belakang home plate
 
D. Nama-Nama dan Posisi di Dalam Softball
1. Pitcher=15 langkah dari home plate
2. Catcher=di belakang batter
3. First base=di hadapan base pertama
4. Second base=di hadapan base kedua
5. Third base=di hadapan base ketiga
6. Shortstop=di antara pitcher dan third base
7. Right field=di belakang base pertama
8. Left field=di belakang base ketiga
9. Center field=di belakang base kedua



 
E. Alatan Untuk Bermain Softball
1. Bat
2. Glove
3. Base
4. Bola
5. Helmet
6. Cap/Topi
7. Inner gloves
 
F. Perlawanan Yang Saya Pernah Sertai
Selama saya bermain softball, saya hanya pernah bermain untuk dua kejohanan. Kali pertama ialah pada akhir tahun 2015 iaitu ketika saya dalam darjah 4. Kami berlawan di Kolej Vokasional Sepang. Perlawanan kedua saya ialah pada bulan Oktober 2016 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi 2. Sekolah kami mendapat tempat ke lapan.
Saya berharap saya akan mempunyai peluang lagi untuk mewakili sekolah saya dalam pertandingan softball di masa akan datang.
 

No comments:

Post a Comment